Tanggal 20 july 2010, genap mak aku berumur 45tahun. Aku tak perasan yang mak aku dah tua, pejam celik peam celik mak aku dah tua allready. Aduiyai, aku masih macam ni jugak, tak maju-maju. Aku tak tahu nak bagi mak aku hadiah apa.
Tetapi mak aku akhirnya mendapat sesuatu hadiah yang paling berharga daripada adik aku, tuah izzat. Mak aku amat gembira sekali kerana adik aku mendapat keputusan peperiksaan penggal pertama yang amat memuaskan sehingga adik aku berhijrah kekelas ke-3 yang bijak.
Selama berpuluh tahun mak aku menunggu kejayaan anak-anak tetapi menghampakan, dari hasil berkat doa seorang ibu akhirnya aku dapat melihat sebuah senyuman yang terukir di wajah mak aku ketika melihat kejayaan adik aku.
Aku turut menumpang kegembiraan atas kejayaan adik aku, sesungguhnya aku tidak sebijak adik dan sepupu aku tapi aku mempunyai impian aku untuk Berjaya. Akan aku hadiahkan kejayaan aku kepada mak aku agar beliau sentiasa gembira dan berasa bahagia melihat kejayaan anak-anak mak.
“mak, sesungguhnya kau seorang yang tabah dalam mendidik anak-anak mu, kami berharap agar mak dipanjangkan umur supaya dapat melihat kejayaan anak-anak mu. Atas jasa mu mak, kami akan terus sentiasa titipkan ribuan doa kebahagiaan kepada mu walaupun ianya tiada nilai dengan pengorbanan dan ketabahan mu menjaga kami semua”