Aku berasa kecewa selama dua hari ni, aku kurang sihat tetapi aku tidak memberitahu kepada sesiapa kerana aku tidak mahu menyusahkan orang untuk menjaga aku. Aku selsema kerana disini asyik hujan sahaja, Keadaan menjadi sejuk.
Kaki aku pula sering berlaku kekejangan. Aku hanya mampu berdiam diri dan menahan kesakitan bersendirian..
Si dia dalam keadaan moody juga, aku pula selalu mengabaikan si dia. Adakah ku salah?? Hm.. Aku buntu. Terlalu banyak perkara aku perlu fikir demi kebaikkan semua orang. Antaranya kebahagiaan ibubapa aku, teman-teman aku, sahabat dan si dia..
Kenapa aku sering kali tidak di beri peluang untuk meluahkan apa yang terbuku didalam dada aku ini?? Aku perlukan si dia untuk luahan tetapi aku terlalu fikirkan hati dan kemarahan si dia. Aku tidak mahu si dia kecewa seperti sebelum ini..
Kesakitan si dia aku sanggup tanggung demi membuktikan cinta aku padanya adalah suci. Aku tahu aku mungkin tidak dapat membuat sesiapa kearah kebahagiaan.
“Ya ALLAH, hamba MU ini terlalu banyak menyakiti hati hamba-hamba MU yang lain Ya ALLAH.”
“AMPUNI AKU YA ALLAH..”